Kelebihan Dalam Pergerakan Solat

Kelebihan Dalam Pergerakan Solat

Solat mempunyai kelebihan ari segi pergerakannya dan ia merupakan kunci kebahagiaan junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, sudah pasti kebahagiaan juga akan menjadi milik kita. Solat adalah satu ibadah yang telah diwahyukan oleh Allah kepada Rasulullah SAW secara terus tanpa perantaraan Jibril a.s. sepertimana di dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj. Terdapat pelbagai kelebihan yang kita dapat dengan menunaikan solat ini.  Antaranya:

SUJUD

Kajian sains mengatakan sujud ketika solat dapat menggalakkan sistem pernafasan serta mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Hikamah ketika sujud adalah:

  1.  Boleh membetulkan kedudukan buah pinggang
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh
  3. Melegakan sakit hernia
  4.  Mengurangkan sakit senggugut
  5. Melegakan paru-paru
  6.  Meringankan bahagian pelvis
  7. Mudah untuk tidur
  8. Menggerakkan semua otot yang akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik secara semula jadi
  9. Memastikan kelancaran perjalanan darah
  10. Mampu mengurangkan kegemukan
  11. Memudahkan wanita bersalin kerana organ peranakan mudah kembali ke tempat asal
  12. Organ totak akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen
  13. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan pencipta
  14. Dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang
TAKBIRATUL IHRAM
Kedudukan secara berdiri tegak, mengangkat kedua tangan sejajar telinga, lalu melipatnya di depan perut atau dada bahagian bawah. Pergerakan ini mampu :
  1. Melancarkan pengaliran darah, limfa dan kekuatan otot lengan.
  2. Kedudukan jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh tubuh
  3. Ketika mengangkat kedua-dua tangan, otot bahu meregang sehingga aliran darah yang kaya dengan oksigen menjadi lancar.
  4. Kedua-dua tangan dilipat di depan perut atau bahagian bawah dada mampu menghindarkan dari masalah persendian
RUKUK
Rukuk yang sempurna bertanda tulang belakang yang lurus sehingga bila diletakkan segelas air di atas punggung tersebut tak akan tumpah. Kelebihannya adalaj :
  1. Menjaga kesempurnaan kedudukan dan fungsi tulang belakang 
  2. Posisi jantung sejajar dengan otak, maka aliran darah maksimum pada tubuh bahagian tengah
  3. Tangan yang di lutut mampu melegakan bahagian otot-otot bahu hingga ke bawah
  4. Latihan kencing untuk mengelakkan gangguan prostat
IKTIDAL
Mengangkat kedua tangan setinggi telinga selepas selesai rukuk. Antara kelebihannya
  1. Proses pencernaan menjadi lancar
DUDUK
Duduk ada dua iaitu tahiyyat awal dan tahiyyat akhir. Perbezaan terletak pada posisi telapak kaki. Antara kelebihannya adalah:
  1. Menghindarkan sakit pada pangkal paha yang sering menyebabkan penderitanya seperti tidak mampu berjalan.
  2. Duduk tahiyyat akhir sangat baik bagi lelaki sebab tumit menekan aliran pundi kencing (urethra), kelenjar kelamin lelaki (prostata) dan saluran vas deferens. Jika dilakukan dengan betul ia mampu mencegah impotensi.
  3. Variasi posisi telapak kaki menyebabkan seluruh otot kaki turut meregang dan kemudian kembali selesa
SALAM
Pergerakan kepala ke kanan dan ke kiri secara maksimum. Kelebihannya adalah:
  1. Menghilangkan sakit kepala dan menjaga kulit wajah

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan