Kelebihan Membaca 3 Qul

Kelebihan Membaca 3 Qul

 

Kelebihan membaca 3 Qul sebelum tidur. Rugi kalau tidak amal benda semudah ini.Kebanyakan orang Islam tahu apa yang dimaksudkan membaca 3 Qul. Ianya bermaksud membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Amalkan membaca ketiga-tiga surah tersebut sebanyak 3 kali sebelum tidur kerana amalan ini mampu:

1.Menolak gangguan jin
2.Menolak gangguan syaitan
3.Menghindarkan dari terkena sihir
4.Menghindarkan penyakit was-was
5.Menghindar dari segala kejahatan
6.Menghindar dari perkara-perkara buruk

“Nabi SAW ketika berada di tempat tidur pada setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas).

Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.

Jika anak-anak anda masih kecil, Ibu atau bapa boleh sahaja membaca surah tersebut, hembus pada tapak tangan dan kemudian sapukan pada keseluruh badan anak.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan