Kesungguhan Imam Syafie Dalam Menuntut Ilmu Sehingga Menjadi Seorang Ahli Hadis

Kerajinan, kecerdikan dan kebijaksanaan yang Imam Syafie tunjukkan sejak beliau kecil amat perlu dicontohi oleh setiap manusia. Beliau seorang yang mementingkan ilmu yang sanggup menggunakan lidi yang dibasahi air liur hanya untuk mencatat nota-notanya.

Imam Syafie Penuntut Ilmu Hadis
Sumber: Alina Vilchenko (pexels.com)

Latar Belakang Imam Syafie

Nama sebenar ialah Abu Abdullah Muhammad Bin Idris Al-Shafie dan merupakan ilmuwan agung empat mazhab yang sangat terkenal selain daripada Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Ahmad Bin Hanbal. Beliau mendapat gelaran Nasir as-Sunnah kerana pegangan beliau dengan hadis sangat kuat.

Imam Syafie terkenal dengan kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu dan cara beliau beradab terhadap guru. Kesungguhan beliau sehingga membuatkan beliau banyak memberi sumbangan dalam bidang hadis.

Sejak dari kecil beliau sangat tekad dengan minatnya dalam menuntut ilmu. Ibu beliau yang banyak beri dorongan dan jasa kepada beliau, seorang yang mengambil berat dan sanggup berbuat apa sahaja. Contohnya, mereka berpindah ke Mekah agar anaknya dapat menuntut ilmu disana.

Tambahan pula seperti yang dikatakan beliau seorang yang mementingkan ilmu dan cerdik mindanya. Beliau berjaya menghafal al-Quran ketika usia tujuh tahun dan menghafal kitab Muwatta’ Imam Malik ketika berusia 10 tahun. Pada usia yang kecil sudah mampu menghafal beribu-ribu ayat suci. Selain itu, beliau juga menghafal kitab Muwatta’ yang memiliki hampir 70,000 hadis dalam masa sembilan malam.

Mementingkan Ilmu & Berguru

Di samping itu, Imam Syafie ialah pelajar kepada Imam Malik untuk mempelajari ilmu agama. Setiap persoalan agama akan diajukan kepada Imam Malik. Beliau juga seorang yang menjaga adabnya bila berhadapan gurunya.

Malahan, beliau sanggup ke satu kawasan Bani Huzail untuk berjumpa dengan seorang badwi hanya kerana ingin mempelajari bahasa Arab yang fasih. Hal ini kerana di kawasan tersebut mereka paling fasih berbahasa Arab.

Buka itu sahaja, setiap ilmu perlulah berguru dengan guru yang betul untuk mengelakkan pemberian ilmu yang salah. Ayat dibawah merupakan guru-guru serta ilmu yang dipelajari Imam Syafie.

Kata Imam Syafie: “Aku mendapat manfaat daripada Allah SWT melalui perkataan orang itu. Lalu aku belajar ilmu hadis melalui Imam Sufyan Ibn Yunainah. Kemudian aku belajar dan duduk bersama guruku, Imam Muslim ibn Khalid mengenai ilmu fiqh. Aku kemudian mendekati Imam Malik untuk mempelajari sejarah, namun Imam Malik katakan: “Hendaklah kamu mempelajari fiqh akan diangkatkan darjatmu.”

Terhasilnya Mazhab Syafie

Imam Syafie ialah seorang ulama dalam menguasai bidang akidah dan pengasas kepada Mazhab Syafie. Zaman dahulu berlakunya zaman pertentangan antara ahli hadis yang berpegang pada hadis manakala ahli al-ra’y berpegang pada akal fikiran.

Beliau merumuskan aliran atau mazhabnya sendiri. Imam Syafie menolak Istihsan dari Imam Abu Hanifah mahupun Mashalih Mursalah dari Imam Malik. Walau bagaimanapun, Mazhab Syafie menerima penggunaan qiyas secara lebih luas berbanding Imam Malik. Meskipun berbeza dari kedua mazhab tersebut, keunggulannya sebagai ulama fiqah, Usul al-Fiqh, dan hadis di zamannya membuat mazhabnya memperoleh banyak pengikut dan kealimannya diakui oleh ramai ulama yang hidup sezaman dengannya.

Kesimpulan

Berdasarkan kisah Imam Syafie ini sesuai untuk setiap manusia untuk mengambil podoman bahawa kita adalah pelajar sepanjang hidup kita. Ilmu itu perlu dicari dan dipelajari sehingga ke tua. Ilmu ini luas dan setiap benda baru yang dipelajari akan merasakan diri kita masih banyak yang perlu diketahui.

Sumber: theinspirasi.my & bharian.my

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan