Kisah Jibril a.s Kebesaran Solat 2 Rakaat

Jibril a.s

Allah telah menciptkan Jibril a.s dengan dengan rupa dan bentuk yang cantik. Allah juga menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang. Panjang sayap itu adalah antara timur dan barat (ada pendapat lain yang menyatakan 124 000 sayap).

Setelah itu Jibril a.s memandang dirinya sendiri dan berkata: ” Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaku? ”

Lalu Allah SWT  berfirman yang bermaksud : “Tidak”

Kemudian Jibril a.s berdiri dan solat 2 rakaat kerana syukur kepada Allah dan setiap rakaat itu tempohnya 20 000 tahun.

Setelah Jibril a.s selesai solat, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Wahai Jibril, kamu sudah menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dan jika tidak ada seorang pun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan ada seorang nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat 2 rakaat yang hanya sebentar saja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguh nya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.”

Kemudian Jibril a.s berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu Allah berfirman yang bermaksud: “Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma’wa sebagai tempat tinggal.”

Jibril Meminta Melihat Syurga Ma’waa

Kemudian Jibril a.s meminta izin kepada Allah SWT untuk melihat Syurga Ma’waa. Setelah Jibril a.s mendapat izin dari Allah SWT. Maka pergilah Jibril dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap kali dia mengembangkan dua sayapnya, dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibril a.s selama 3000 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turn singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon lalu sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: “ Ya Tuhanku apakah sudah saya menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya ? “.

Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud: ” Wahai Jibril, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan padamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umatMuhammad terhadap imbhan solat dua rakaat yang mereka kerjakan “.

Sesungguhnya Allah menyembunyikan enam perkara, iaitu :
  1. Menyembunyikan reda-Nya dalam taat.
  2. Allah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
  3. Menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam al-Quran.
  4. Allah menyembunyikan Lailatul Qadr di dalam Ra madan.
  5. Menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (lima waktu).
  6. Allah menyembunyikan (tarikh berlaku) hari kiamat di dalam semua hari.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan