Konsep Habluminallah dan Habluminannas Yang Seimbang Meningkatkan Ketakwaan Diri Seseorang

Manusia bukan sahaja perlu menjaga hubungannya dengan Allah tetapi perlu juga menjaga hubungan sesama manusia kerana hal ini perlulah berjalan seiiring.

Hubungan antara manusia dengan Allah yang terjaga akan membantu terjalinnya hubungan manusia sesama manusia kerana Allah akan membantu dan membalas kembali hamba-hambaNya yang berbuat baik.

 

Konsep Habluminallah Habluminannas
Sumber: August de Richelieu

Dari segi bahasa arab iaitu Habluminallah Habluminannas ialah menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Dua perkara ini perlulah seimbang dan seiiring. Hubungan dengan Allah itu terjaga jika mereka yang sentiasa takwa dan beriman, melakukan amar makruf nahi mungkar. Manakala, hubungan dengan manusia ialah mereka yang menjaga orang tetangga, bekerjasama dan saling tolong-menolong antara satu sama lain dalam satu komuniti.

Cara Menjaga Hubungan Allah Dengan Manusia

Melakukan Amar Makruf Nahi Mungkar

Kita ditugaskan untuk melaksanakan perintah Allah dan dilarang melakukan perkara-perkara yang Allah murka sepanjang hidup di dunia. Hal ini kerana Allah merupakan pencipta sekalian Alam dan wajib ke atas kita beriman kepada Allah. Rukun Iman dan rukun Islam adalah dua perkara yang wajib diketahui dan dipegang oleh umat Islam.

Proses amar makruf dan nahi mungkar perlulah berjalan seiiringan. Contohnya, dalam masa kita mengajak kebaikan dengan orang lain namun diri kita juga patut meninggalkan segala larangan Allah agar kita sesama manusia ke arah yang lebih baik. Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan ialah mengajak keluarga atau kawan solat berjemaaah di masjid, berpuasa pada bulan Ramadan serta meninggalkan maksiat.

Kewajipan Muslim melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar sebagai tugas dakwah juga disebut dalam hadis yang bermaksud:
“Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadis Riwayat Muslim)

Menunaikan Dan Menjaga Solat Lima Waktunya

Setiap umat Islam diwajibkan menunaikan solat lima waktu serta menjaga solatnya. Sesiapa yang solat di awal waktu bermakna dia menghargai setiap masa yang diberikan Allah, maka Alalh juga akan menjaga masanya.

Solat bukanlah hanya sekadar solat tetapi perlulah dengan niat kerana Allah sekhusyuknya kerana setiap perintah Allah ada kebaikan disebaliknya. Setiap solat ada kebaikannya antaranya ialah:

  1. Menunaikan solat subuh selama 40 hari secara berjemaah dapat mengelakkan seseorang itu daripada api neraka dan nifaq.
  2. Sesiapa yang mengerjakan solat zuhur maka dia dijauhi dari wap api neraka jahanam kerana ketika itulah nyalanya api neraka.
  3. Mereka yang solat asar akan diampunkan dosa seperti bayi yang baru dilahirkan.
  4. Menunaikan solat maghrib dengan ikhlas, Allah akan memperkenan doa mereka.
  5. Sesiapa yang sanggup berjalan dalam gelap hanya untuk solat isyak berjemaah pula diharamkannya dari nyala api neraka jahanam dan diberikan cahaya untuk menyeberagi titian sirath.

Banyak ganjaran yang diterima bukan sahaja pahala namun untuk simpanan akhirat nanti. Oleh itu, janganlah kita meninggalkan dan melambatkan solat dengan sengaja.

Tidak Menunda Dalam Melakukan Amal S0leh

Jika sesiapa melambatkan solatnya atau menunda setiap amal solehnya maka Allah juga akan melambatkan bantuanNya terhadap hamba-hambaNya.

Dalam hadits tersebut Rasulullah SAW berwasiat agar bersegera melakukan kebaikan tatkala terjerumus dalam keburukan. Jangan beranggapan ‘jika sudah terciprat, maka tercebur sekalian saja biar basah’. Ini merupakan anggapan yang sangat keliru. Bahkan hadits ini menjelaskan perintah untuk segera bertaubat kepada Allah. Kerana taubat merupakan amal shalih yang paling mulia dan harus disegerakan pengerjaannya. Allah SWT berfirman,

“Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung.” (QS. An-Nur: 31)

Hadits di atas juga menjelaskan bahwa dosa atas perbuatan buruk kita dapat terhapus dengan melakukan perbuatan baik. Namun dosa yang terhapus hanyalah dosa-dosa kecil saja, kerana dosa besar hanya terhapus jika pelakunya benar-benar telah bertaubat atau taubat nasuha. Sebagaimana sabda Nabi SAW:

“Solat 5 waktu, dari Jumaat ke Jumaat selanjutnya, serta Ramadan ke Ramadan adalah sebagai penghapus dosa di antara waktu itu, selama menjauhi dosa-dosa besar.” (HR. Muslim No. 233)

Kerana hanya dosa kecil saja yang terhapuskan oleh perbuatan baik, maka ketika seseorang terjerumus dalam dosa dan maksiat wajib baginya untuk segera bertaubat, melakukan amal soleh dan berusaha untuk tidak mengulangi perbuatannya tersebut.

Sentiasa Taqwa

“Perkara yang paling berat itu ada 3, dermawan saat memiliki sedikit harta, meninggalkan hal yang haram saat sendirian dan mengatakan kebenaran saat berada di dekat orang yang diharapkan kebaikannya atau ditakuti kejahatannya”

(Jami’ Ulum wa Hikam 2/18).

Dalam bersendirian atau ketika menyepi tanpa ada seorang pun yang mengetahui, maka dorongan untuk berbuat maksiat akan semakin besar. Namun apabila ia benar-benar bertakwa kepada Allah, maka hal demikin tidak akan terjadi kerana dia sedar bahawa Allah sentiasa mengawasinya setiap saat.

Misalnya orang yang sedang berpuasa. Ketika berada di tengah keramaian, ia menahan diri, mengaku berpuasa dan menunjukkan seolah sedang berpuasa. Namun ketika sedang sendiri, ia diam-diam berpuka puasa. Hal ini tidak akan terjadi jika memiliki rasa takut kepada Allah.

Cara Menjaga Hubungan Sesama Manusia

Memiliki Akhlak Mulia

“Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling bagus akhlaknya.” (HR. At-Tirmidzi No. 2612, ia berkata: Hadits Shahih).

Bahkan dalam hadits yang lain disebutkan bahwa pada hari kiamat orang yang paling dekat dengan Rasulullah yaitu yang paling bagus akhlaknya. Tidak hanya itu, dengan memiliki akhlak mulia, maka akan dicintai oleh manusia yang lainnya terlebih Rasulullah.

Kebanyakan manusia pada masa kini suka membiasakan aktiviti ‘membawang’ atau kata lain sikap yang tidak elok dalam berkomunikasi. Suka menjaga tepi kain orang dan memfitnah. Hal tersebut perlu dielakkan kerana kita bukanlah mengenali orang itu dengan dalam dan akan menimbul persepsi kurang enak. Sesiapa yang berakhlak mulia terhadap manusia, Allah akan menjaganya sebagaimana dia menjaga hubungannya dengan manusia.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan