Konsep Kejiranan Dalam Islam

Konsep Kejiranan dalam Islam

 

Konsep kejiranan

 

Akhir akhir ini, kesibukan dalam aktiviti harian kerana mengejar kemewahan telah membuatkan konsep kejiranan dalam islam di antara kita tidak wujud. Hal ini mampu menimbulkan pelbagai konflik atau masalah seperti berlakunya perselisihan faham dah secara tidak langsung mewujudkan perhubungan yang negatif.

Di samping itu, dalam Islam akhlak adalah bersumber dari dua sumber yang utama iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah. Islam menerangkan dengan jelas mengenai tatacara hidup dengan meletakkan akhlak dan adab sebagai panduan. Allah SWT telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai model terbaik .

Rasulullah SAW menegaskan dalam sepotong hadith :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّ: أَكْمَلُ

… اَلْمُؤْمِنِيْنَ اِيْمَانًا أحْسَنُهُمْ

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Sabda Rasulullah SAW “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik…

Selain itu, Imam Al-Ghazali menukilkan kisah di dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumuddin’ bahawa hak jiran bukanlah sekadar mencegah diri kita daripada menyakiti atau perbuatan yang tidak menyenangkan hati jiran sahaja, tetapi hendaklah menanam sifat kesabaran yang tinggi bila disakiti. Malah, haruslah kita sentiasa memberi pertolongan kepada jiran kita serta menunjukkan rasa kasih sayang supaya kehidupan harian tenang dan sentiasa ceria.

Lebih lebih lagi, Imam Al-Ghazali juga telah turut menyenaraikan adab seseorang muslim terhadap jirannya untuk rujukan kepada kita dalam mengambil sebagai panduan yang bermanfaat dalam kehidupan kita dalam berjiran. Ia merupakan amalan yang terpuji jika kita mampu menjaga adab kita sesama jiran. Terdapat pelbagai konsep kejiranan dalam islam yang boleh kita terapkan :

Adab Berjiran

  • Sentiasa memberi salam apabila bertemu
  •  Bersedia memberikan sebarang bentuk bantuan
  • Sentiasa menyayangi mereka
  • Sentiasa merendahkan diri dan mengelak diri daripada bersikap takbur
  • Mendoakan keselamatan dan kejayaan jiran
  • Berusaha mewujudkan suasana aman
  • Sentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagian jiran
  • Sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala masalah mereka
  • Tidak memandang rendah kepada mereka

Hikmah Adab Berjiran

  • Kehidupan akan tenang dan harmoni
  • Mendapat keberkatan Allah
  • Masyarakat akan hidup bersatu padu
  • Mudah mendapat pertolongan apabila berada dalam kesusahan
  • Negara akan bertambah maju

Kesan Tidak Beradab

  • Kehidupan yang bercelaru
  • Menjejaskan kemajuan negara
  • Sukar untuk mendapat sebarang bantuan
  • Tiada keharmonian dalam hidup bermasyarakat

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan