Lafaz Mulia Orang Muslim

Lafaz Mulia

Dalam kehidupan harian, setiap umat islam sering melafazkan beberapa lafaz mulia. Namun ia amat bergantung kepada situasi dan keadaan hariannya. Persoalannya , adakah kita tahu apa yang kita lafazkan itu. Malah, ada juga penggunaan lafaz yang tidak sesuai pada keadaan, namun ia menjadi kebiasaanya orang ramai.

1. Subhanallah

Lafaz ‘subhanallah’ bermaksud ‘Maha suci Allah’. Zikir yang amat digalakkan selepas menunaikkan solat dan sebelum tidur. Lafaz ini digunakan apabila kita melihat sesuatu yang baik atau unik seperti gunung ganang yang tinggi serta fenomena yang luar biasa bagi sentiasa mengingatkan diri kita tentang kehebatan Allah SWT.

2. Astaghfirullahhalazim

‘Aku mohon keampunan daripada Allah swt’ – Ucapan istighfar ini adalah satu cara pengakuan diri sendiri terhadap dosa yang telah kita lakukan. Namun janganlah kita berpendapat, lafaz ini hanya sesuai apabila kita melakukan dosa. Malah ia merupakan perbuatan yang sangat dituntut dan dijanjikan terbukanya pintu rezeki oleh Allah SWT.

3. MasyaAllah

Lafaz yang disebut apabila kita melihat sesuatu yang hebat dan pada masa sama kita memuji ciptaan Allah SWT.  Namun kerap kita lakukan kesalah apabia kita melafazkan ‘masyaAllah’ apabila meihat perkara yang buruk. Lafaz ini lebih sesuai digunakan untuk sesuatu yang baik.

Lafaz ini mempunyai dua makna  berdasarkan cara penterjemahannya; dengan makna yang pertama membawa makna ‘inilah yang Allah swt. kehendaki’ dan ‘apa yang dikehendaki Allah swt, akan terjadi.’

4. Nauzubillahiminzalik

Nauzubillahiminzalik atau ‘nauzubillah’ adalah lafaz yang sering kita sebut apabila terlihat sesuatu kurang baik seperti bencana atau maksiat yang berlaku di depan mata kita.

Di sampai ramai yang berpendapat mengatakan jangan disingkatkan penggunaan ayat ini kepada ‘nauzubillah’. Namun sebenarnya ia tidak menjadi kesalahan. Lafaz penuh ‘nauzubillahiminzalik’ membawa makna ‘Aku berlindung kepada Allah SWT’. daripada perkara tersebut’ sementara lafaz lebih pendek ‘nauzubillah’ pula membawa makna ‘aku berlindung kepada Allah SWT.’

5. Alhamdulillah

Alhamdulillah bermaksud ‘Segala puji bagi Allah.’ Lafaz ini sesuai digunakan ketika kita sedang menerima sesuatu yang menggembirakan bagi melahirkan rasa syukur kita kepada Allah.

6. Insya Allah

Lafaz yang paling banyak disebut setiap kali kita membuat perjanjian. Ia membawa makna ‘Jika diizinkan Allah SWT’. Namun ditegaskan sekiranya kita tidak mahu memenuhi sesuatu permintaan, janganlah kita berjanji dengan lafaz ini kerana ia seolah olah mempermainkan keizinan Allah SWT berikan kepada kita

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan