Maruah Wanita Bukan Untuk Dipijak

Kehormatan wanita adalah tinggi kedudukannya disisi Islam. Tidak sama ketika zaman jahiliah yang hanya dianggap objek pemuas nafsu. Sehinggalah Islam datang membawa peranan besar dengan menegakkan martabat wanita. kita sebagai wanita terutamanya umat Islam pentingnya menjaga maruah diri dan mejadi wanita solehah iaitu wanita yang bertakwa dengan melakukan amar makruh nahi mungkar.

Sabda Nabi SAW bermaksud: “Hendakkah kamu aku beritahukan tentang sebaik-baik harta seorang lelaki adalah wanita yang solehah. Apabila dia melihat kepadanya, dia akan menggembirakan, apabila dia memberi arahan kepadanya wanita itu taat dan apabila dia tidak berada di sisinya, wanita itu menjaga maruah dirinya.” (Riwayat Abu Daud, No 1664)

Garis Panduan Demi Kehormatan Wanita

  • Tidak keluar rumah melainkan ada keperluan atau urusan yang perlu dilaksanakan

Dalam surah al-Ahzab ayat 33 Allah berfirman, “Dan hendaklah kamu tetap tinggal di rumah-rumah kalian dan janganlah kalian berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu. Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul- Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlul bait, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.”

  • Menutup aurat dengan memakai pakaian yang longgar

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (al-Ahzab: 59)

Cabaran Wanita Dalam Memelihara Maruah Diri

Cabaran seorang wanita dalam mempertahankan diri mereka semakin meningkat akibat kelalaian dalam mengejar dunia dan pujian orang ramai. Kemungkaran yang dilakukan telah menghapuskan sifat malu dalam diri mereka. Segelintir wanita umat Islam yang masih tidak menutup aurat dan merasakan mereka mempunyai hak kebebasan untuk tidak mengikutinya dengan mencari pelbagai alasan. Mungkin antara faktornya adalah suasana sekelilingnya, cara pemakaian dunia Barat, mengejar fesyen tanpa berfikir dahulu baik buruknya. Namun begitu, setiap teguran yang baik perlulah diterima dengan seadanya dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk diri sendiri.

Cara Menjaga Maruah Diri

  • Memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan.
  • Menjaga pertuturan kata dengan menggunakan perkataan yang sopan dan lemah-lembut. Tidak menggunakan bahasa kesat.
  • Menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan.
  • Menjaga rahsia dan keaiban orang lain.
  • Bercakap mengenai hal-hal yang membawa kemajuan.

Kesimpulannya, sebagai seorang wanita perlulah menanam sifat malu dalam diri dan menjaga maruah diri dari dipandang hina oleh masyarakat. Biarpun kita kekurangan di luaran, namun sempurna luar dan dalam disisi Allah SWT. Selain itu, kita sesama wanita perlu menghormati satu sama lain dan menjaga kehormatan seorang wanita dengan sebaiknya.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan