Tanggungjawab Seorang Anak Menafkahi Ibu Bapa Selepas Berkahwin

Kehidupan sebelum dan selepas berkahwin sangat berbeza kerana sebelum ini semuanya ditanggung oleh kedua-dua ibu bapa tetapi wajib ke atas seorang lelaki itu selepas berkahwin, dia perlu memberi nafkah kepada ibu bapanya selain dari isteri dan anak.

Sudah tiba masa untuk anak-anak pula menyara ibu bapa mereka tetapi ada hukumnya juga. Mengapa begitu? hal ini kerana mereka adalah pemimpin dalam keluarganya dan perlu memberi contoh yang baik.

Allah SWT berfirman:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pelindung bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebagian mereka (lelaki) atas sebagian yang lain (wanita), dan karena mereka (lelaki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” (QS. An Nisa: 34)

Dari Mu’awiyah Al Qusyairi Ra, dia berkata: Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah hak isteri salah seorang dari kami yang menjadi kewajiban suaminya?” Beliau menjawab, ”Engkau memberi makan kepadanya, jika engkau makan. Engkau memberi pakaian kepadanya, jika engkau berpakaian. Janganlah engkau pukul wajahnya, janganlah engkau memburukkannya, dan janganlah engkau meninggalkannya kecuali di dalam rumah”. (HR. Abu Dawud)

Memberi nafkah ibu bapa
Sumber: Tritan Le (pexels.com)

Hukum Menafkahi Ibu Bapa Selepas Berkahwin

1. Miskin

Jika anaknya merupakan golongan B40, dia dikecualikan dalam memberi nafkah kepada kedua orang tuanya. Dengan perbelanjaan yang dia dapat hanya mencukupi untuk menyara diri sendiri dan keluarganya sahaja.

2. Tidak dapat meneruskan pekerjaan

Kedua, ramai golongan muda yang tidak mendapat tawaran pekerjaan kerana negara yang semakin kurang peluang pekerjaan. Maka, jika anaklelaki tersebut tidak dapat meneruskan pekerjaan atau dibuang kerja, dia juga dikecualikan kerana pendapatan yang rendah.

3. Anak itu berkemampuan

Selain itu, anak yang berkemampuan atau yang melebihi pendapatan sekeluarga, mereka perlu memberi nafkah kepada kedua ibu bapanya juga serta menanggung perbelanjaan kerana wajib ke atas anak untuk menjaga kedua orang tuanya walaupun selepas berkahwin.

4. Harta masih mencukupi selepas memberi nafkah kepada kedua ibu bapanya

Di samping itu, jika anaknya masih mempunyai harta yang mencukupi walaupun sudah memberi nafkah kepada ibu bapanya, mereka juga tergolong dalam orang yang perlu menitik berat nafkah orang tuanya selain daripada isteri dan anaknya.

Kewajipan Seorang Anak Perempuan Terhadap Orang Tuanya Selepas Berkahwin

Tetap berbakti terhadap ibu bapanya

Walaupun sudah berkahwin, anak-anak perlu menjaga kedua-dua ibu bapanya selagi masih hidup. Mereka telah berbakti kepada kita sejak kecil, maka kita perlulah membalas jasa mereka. Mereka mahukan yang terbaik buat anak mereka, begitu juga dengan kita perlulah menghormati mereka dan tidak meninggalkan mereka begitu sahaja selepas dikurniakan banyak kemewahan. Bukan harta yang mereka inginkan tetapi masa kita terhadap mereka itu sangat berharga terutamanya selepas berkahwin atau sibuk dengan pekerjaan.

Sentiasa merapatkan silaturahim dan masih berkomunikasi

Walaupun sudah berkahwin kita tidak boleh melupakan mereka begitu sahaja. Kita perlu sentiasa berkomuniaksi dengan mereka  demi mengeratkan silaturahim. Hubungan anak dengan ibu bapanya adalah penting agar tidak terputus tali sesebuah keluarga itu. Kita juga mesti sentiasa berbual-bual dengan mereka pada waktu lapang sesibuk mana pun kita. Carilah waktu lapang untuk kita menanya khabar mereka.

Hal ini juga disampaikan dalam Al-Quran mengenai silaturahim,

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (QS An-Nisa : 1)

Menyara / membantu kehidupan ibu bapanya

Semakin tua mereka semakin kurang berupaya untuk bergerak dan memerlukan rawatan. Kita perlulah sentiasa menanya khabar mereka dan memberi bantuan berupa duit untuk rawatan mereka. Jangan pernah mengeluh dalam membantu mereka kerana itu adalah kewajipan kita.

Tidak bergantung pada orang tuanya

Kita sebagai anak perlu menanam dalam diri untuk berdikari dan tidak bergantung kepada ibu bapanya sahaja. Mereka perlu berusaha menjana kehidupannya sendiri terutamanya selepas berkahwin kerana kewajipan kita dalam meringankan beban mereka. Sebagai seorang anak perlu bertindak dengan bijak dan matang serta tidak menyulitkan hidup ibu bapa mereka seperti janganlah kita terjebak dengan aktiviti judi walaupun usia sudah mencecah dewasa.

Hikmah Menjaga Ibu bapa

Mendapat pahala

Anak-anak yang menjaga kedua ibu bapanya pasti akan mendapat pahala daripada Allah SWT. Setiap kebaikan mereka juga akan mengalir pada kita. Menjaga kedua-dua ibu bapa juga adalah tanggungjawab yang besar dan perlu dilaksanakan kerana itu adalah perintah Allah dan banyak diungkapkan dalam Al-Quran.

Memberi kebahagiaan kepada orang tuanya

Tidak ada satu pun ibu bapa yang meminta untuk dibalas jasa mereka, namun sekecil-kecil bantuan yang kita berikan kepada mereka dapat membentuk senyuman yang lebar dan timbul seribu rasa kasih sayang dalam diri mereka. Apa-apa bentuk bantuan itu tidak penting, namun hati mereka perlulah dijaga seperti bercakap lemah lembut dan menyara mereka dengan ikhlas selagi mereka masih hidup. Membuat mereka bahagia juga adalah salah satu aspek kebahagiaan kita.

Mengikut perintah Allah

Sebagai seorang anak, menjaga ibu bapanya adalah salah satu tanggungjawabnya dan ini merupakan salah satu perintah Allah. Jadi jika kita telah melaksanakannya dengan baik, maka kita telah mengikut perintah Allah. Hal ini sebagaimana yang disampaikan oleh Allah dalam QS Al Isra : 23-24.

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan