Panduan Kecantikan Para Wanita Menurut Islam

Kecantikan dibolehkan selagi mana tidak bercanggah dengan syarak Islam seperti tidak mencukur alis hanya untuk mencantikkan diri kerana mengubah 100% ciptaan Allah adalah salah disisi Islam.

 

Wanita solehah
Sumber: muslimah.or.id

Perbuatan Yang Dilarang

Tidak Mengubah Ciptaan Allah Yang Asli

Setiap umat Islam yang membuat pembedahan plastik sama ada untuk mengubah ciptaan Allah atau jantina, maka Allah melaknat mereka yang berbuat demikian. Hal ini kerana, Allah kita adalah ciptaanNya dan tiada hak untuk mengubahnya hanya untuk kepuasan diri atau bertujuan menunjuk-nunjuk.

Di samping itu, haram seseorang perempuan itu menyambung rambut.

Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah melaknat perempuan yang menyambung rambutnya dan perempuan yang meminta agar rambutnya disambung.” (HR. Bukhari)

Tidak Mendatangkan Kemudaratan

Perbuatan seperti mencukur alis atau membuat tatu dikira sebagai memudaratkan seseorang itu kerana

Tidak Berlebihan Dalam Berhias (Tabarruj)

Tabarruj ialah perhiasan untuk menampakkan kecantikan diri sama ada dari segi wajah atau anggota badan. Hal ini terutamanya wanita tidak boleh berhias secara berlebihan kerana akan menarik perhatian orang ramai.

Panduan Mencantikkan Diri Cara Islam

Terdapat dua bahagian kecantikan iaitu kecantikan dalaman dan luaran. Dalaman merangkumi amalan-amalan ibadah yang kita lakukan seperti amar makruf nahi mungkar serta cara hati kita dekat pada Allah manakala kecantikan luaran pula ialah cara penampilan seseorang itu dari segi kebersihan dan kekemasan.

Menjaga Kehormatan Diri

Wanita yang cantik juga dapat disimpulkan bahawa mereka ialah antara orang yang selalu menjaga kehormatannya, memiliki sikap malu, selalu bijaksana dalam menghadapi dugaan, sentiasa sabar. Dalam mengurus kecantikan dan penampilan perlulah seimbang dengan amalan-amalan yang kita patut lakukan di dunia bagi membentuk akhlakyang baik kerana cantik bukan diukur dari segi wajah tetapi akhlak seseorang itu. Di samping itu, mereka juga sentiasa menutup aurat dan beragama kerana sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk rupa dan harta kalian, tapi ia melihat hati dan amal kalian” (HR.Muslim, Ahmad dan Ibnu Majah)

“Wanita biasanya dinikahi karena empat hal: karena hartanya, karena kedudukannya, karena parasnya dan karena agamanya. Maka hendaklah kamu pilih wanita yang bagus agamanya (keislamannya). Kalau tidak demikian, niscaya kamu akan merugi.” (HR. Bukhari-Muslim)

Bersifat Lemah Lembut

“Tidak akan masuk surga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar debu.” Ada seseorang yang bertanya, “Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan sandal yang bagus?” Beliau menjawab, “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.” (HR. Muslim).

Akhlak Dan Maruah Terjaga

Kecantikan seseorang itu dinilai dari segi hati dan perilakunya terhadap orang di sekelilingnya. Mereka yang bersopan santun akan merasa selasa dan terpegun dengan sikap sedemikian. Maka, hal ini akan membuatkan diri mereka cantik secara dalam. Walaupun kita tidak memenuhi tahap kecantikan pada zaman kini, namun hati yang mulia akan disukai oleh orang ramai.

Kesimpulan

Setiap manusia mempunnyai keistimewaan yang tersendiri dan kita mestilah bersyukur terhadap fizikal kita seadanya. Walaupun terdapat cacat cela atau kulit berbeza daripada yang lain, namun tiada manusia yang berhak mengutuk kekuraangan setiap manusia. Hal ini kerana setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri yang memberi mereka kelainan. Lebih-lebih lagi, mereka yang cukup anggota badan. Begitu juga, janganlah kita merasa rendah diri malah kita perlu tonjolkan diri kepada orang ramai.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan