Panduan Solat Sunat Istikharah Demi Petunjuk Allah

Solat sunat istikharah bukanlah semata-mata untuk memiliki jodh namun setiap kali rasa dibelenggu tunaikanlah solat ini demi memohon petunjuk Allah.

Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.

Panduan Solat Sunat Istikharah
Sumber: Ali Arapoglu (pexels.com)

Cara Mendirikan Solat Sunat Istikharah?
Niat

“Sahaja aku solat sunat isthikarah dua rakaat kerana Allah Taala.”

Rakaat Pertama

1. Dimulakan dengan takbir dan berniat dalam hati.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Dianjurkan membaca surah al-Kafirun.
5. Rukuk dan iktidal.
6. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua.

Rakaat Kedua

1. Dimulakan dengan lafaz takbir permulaan rakaat kedua.
2. Membaca surah al-Fatihah.
3. Dianjurkan membaca surah al-Ikhlas.
4. Rukuk dan iktidal.
5. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua.
6. Membaca doa istikarah ketika sujud akhir;

“Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

7. Duduk tahiyyat akhir.
8. Memberi salam.
9. Baca surah al-Fatihah dan berwirid. Perbanyak istigfar dan memohon keampunan Allah SWT.
10. Membaca doa solat sunat istikharah.

Doa Solat Sunat Istikharah:

“Ya Allah, aku memohon agar memilih mana yang baik menurut Engkau ya Allah.

Aku juga memohon diberikan kepastian dengan ketentuanMu dan aku memohon dengan kemurahanMu Tuhan yang Maha Agung.

Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Berkuasa, sedangkan aku tidak tahu. Engkau Tuhan yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.

Ya Allah! Jika menurut pendapatMu urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi kebaikan bagiku untuk agamaku, kehidupanku, dan pekerjaanku, maka takdirkanlah ia bagiku dan berkatilah ia padaku.

Jika menurut pengetahuanMu bahawa urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi keburukan bagiku untuk agamaku, kehidupanku dan pekerjaanku, maka ku mohon agar Engkau jauhkan ia daripadaku dan kurniakanlah bagiku hanya kebaikan di mana sahaja aku berada. Jadilah aku orang yang redha atas anugerahMu.”

Kelebihan Solat Sunat Istikharah

Dari Jabir RA berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa.”

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan