Perkara Hebat Tentang Puteri Rasulullah: Fatimah Az-Zahra

Kelahiran Saidatina Fatimah dan peranannya dalam hidup Rasulullah ini ibarat bunga yang mekar dengan begitu indahnya. Sebagai seorang tokoh yang begitu signifikan dalam sejarah Islam, eloklah jika kita mengetahui beberapa perkara hebat tentang puteri Rasulullah SAW ini.

Perkara Hebat Tentang Puteri Rasulullah SAW : Fatimah Az-Zahra RA

1. Kelahiran
  • Fatimah dilahirkan pada hari Jumaat 20 Jamadilakhir tahun 605 Masihi
  • Puteri bongsu Rasulullah SAW hasil perkahwinannya dengan Khadijah, isteri yang amat dicintai Baginda.
  • Tahun tersebut adalah tahun ke-5 Rasulullah SAW diutus menjadi Nabi, bertepatan dengan tiga tahun setelah peristiwa Israk dan Mikraj
  • Seperti yang kita tahu, Nabi Muhammad SAW memiliki 7 orang cahaya mata sepanjang hayatnya. Namun, kesemua mereka wafat pada usia muda kecuali Fatimah.
2. Gelaran ‘Ibu Ayahnya’
  • Fatimah hidup dalam penentangan kafir Quraisy terhadap bapanya sejak awal usianya
  • Ibunya wafat ketika berusia 6 tahun
  • Fatimah sentiasa berusaha menggantikan peranan ibunya sehingga beliau digelar ‘Ummu Abeeha’
  • ‘Ummu Abeeha’ bermaksud ‘ibu bagi ayahnya’ kerana kasih sayang yang dicurahkan kepada Baginda
  • Fatimah juga mendapat gelaran: as-Siddiqah (wanita terpercaya), at-Tahirah (wanita suci), al-Mubarakah (yang diberkati Allah) dan yang paling sering disebutkan adalah Fatimah Az-Zahra (yang cemerlang)
3. Sangat Menyerupai Rasulullah
  • Riwayat banyak mengisahkan yang Fatimah menyerupai ayahnya dari aspek rupa fizikal mahupun keteguhan akhlaknya
  • Aishah menyatakan bahawa Fatimah adalah orang yang paling mirip dengan Rasulullah dalam ucapan dan fikirannya
  • Allah telah mengurniakan Fatimah dengan sifat lemah-lembut, cerdas dan berani yang luar biasa seawal zaman kanak-kanak
  • Cabaran dan dugaan mampu difahami Fatimah pada usia yang muda dan berkat bimbingan Rasulullah, ia juga telah mematangkan pemikiran Fatimah sehingga menjadi tokoh Islam yang disegani.
4. Perkahwinan Dengan Ali
  • Setelah Perang Badar (tahun ke-2 hijrah), Fatimah dinikahi Saidina Ali bin Abi Talib
  • Fatimah rela dinikahi oleh Saidina Ali meskipun hidup miskin
  • Ali adalah pemuda bertuah kerana dikisahkan Rasulullah pernah menolak pinangan beberapa orang pemuda yang ingin menikahi Fatimah, termasuklah Saidina Abu Bakar
  • Hidup mereka berdua serba sederhana tetapi cukup bahagia tetapi mereka sangat pemurah
  • Fatimah melahirkan 2 orang cucu kesayangan Rasulullah iaitu Hassan dan Hussain
5. Zikir Fatimah
  • Sebagai seorang ibu, Fatimah juga melalui pelbagai kepayahan dan keletihan dalam melakukan kerja harian dan menguruskan anak-anak
  • Fatimah cuba menyuarakan hasratnya kepada ayahandanya untuk memiliki seorang pembantu kerana begitu kepenatan.
  • Rasulullah tidak menunaikan permintaan Fatimah tersebut dan mengajarkan sebuah zikir yang dikenali sebagai Zikir Fatimah.

Rasulullah SAW bersabda: “Takutlah akan Allah, hai Fatimah. Bertaqwalah dan teruslah melakukan tugasmu terhadap Allah dan kerja-kerja rumahtanggamu. Sewaktu hendak tidur, ucapkanlah Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 34 kali.

Dengan ini akan engkau dapati lebih berguna dari seorang pembantu.”

Lalu, zikir ini terus menemani hayat Fatimah dan suaminya hingga terus hidup zuhud dan sangat sederhana.

 

Sumber: siraplimau.com

 

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan