Perkara Yang Kita Lupa Bila Anak Semakin Besar

Semasa anak-anak masih kecil, banyak aktiviti yang ibu bapa boleh lakukan bersama mereka. Janganlah kita lupa untuk melakukan aktiviti yang dapat merapatkan hubungan antara keluarga.

Berikut adalah tips keluarga yang boleh anda lakukan. Ia memberikan kesan kepada seluruh keluarga.

1. Solat berjemaah bersama

Banyak ganjaran yang akan kita perolehi jika kita solat berjemaah. Lebih-lebih lagi jika berjemaah antara suami dan isteri.

Jika mempunyai anak, ajarlah anak-anak untuk solat bersama-sama dari mereka kecil lagi. Terangkan kepada mereka, betapa pentingnya solat berjemaah dan pahala yang akan diperolehi.

Tidak dinafikan, solat berjemaah ini juga dapat mengeratkan hubungan diantara suami dan isteri serta anak-anak. Ia juga dapat menghindarkan keluarga kita dari gangguan syaitan dan sebagainya.

 

2. Luahkan perasaan

Jika terdapat salah faham, jangan pendam sendiri. Cuba untuk selesaikan ataupun minta penjelasan darinya terus. Dan, pilihlah waktu yang tepat untuk berbincang.

Ketenangan akan dapat dirasai jika kita telah luahkan apa yang kita rasa. Tidak elok untuk memendam rasa sendiri, sebaiknya dikongsi bersama.

 

3. Saling bermaafan sebelum tidur

 

Jika kita melakukan kesilapan, hendaklah kita memohon maaf diatas kesilapan yang kita lakukan.

Isteri, wajib untuk meminta maaf dengan suami, dan begitu juga suami. Jika si suami ada melakukan kesalahan terhadap isteri, buanglah ego anda untuk meminta maaf dengan isteri anda.

4. Sentuhan dan pelukan

Sebelum meninggalkan pasangan serta anak-anak untuk keluar mencari rezeki, peluk dan ciumlah mereka terlebih dahulu.

Sesungguhnya perbuatan ini dapa memberikan semangat kepada mereka untuk mengharungi hari tersebut. Perkara ini sangat dititikberatkan oleh Rasulullah saw.

 

5. Jadi kawan, bukan hakim

Apabila anak-anak semakin besar, kita sebagai ibu bapa haruslah menjadi ‘kawan’ mereka.

Jika mereka ada melakukan kesalahan, cuba untuk perbetulkan mereka dengan elok. Janganlah terus menghakimi mereka dengan mengatakan mereka salah ataupun terus memarahi mereka. Lebih baik jika kita bertanya kenapa mereka berbuat demikian.

6. Masak bersama

Memasak bukan semata-mata tugas isteri. Lebih elok jika suami dan anak-anak membantu isteri di dapur.

Temanilah isteri anda memasak di dapur. Semetinya isteri anda akan menyukainya, kerana meraka tidak merasa seolah-olah mereka orang gaji. Keceriaan dalam rumah tangga akan bertambah sekiranya kita bernual-bual dan bergurau senda ketika memasak di dapur.

 

7. Makan sepinggan

Sunah Rasulullah saw adalah, makan sepinggan bersama isteri. Apa sahaja yang anda lakukan, haruslah bersama, itulah tips keluarga bahagia daripada Rasulullah saw.

Untuk menyenangkan anda, sediakan dulang yang bersaiz sederhana untuk dijadikan pinggan untuk makan bersama. Selain itu, ringankan tangan anda untuk menyuap pasangan serta anak-anak anda.

 

Terdapat banyak tips yang boleh diamalkan. Walaupun anak-anak sedah meningkat dewasa, janganlah kia lupa untuk melakukan aktiviti-aktiviti bersama mereka. Mereka tetap anak-anak kita.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan