Amalan Perniagaan Secara Islam

Amalan perniagaan Rasulullah SAW
Sumber: entrepreneur.com

Tahukah anda perniagaan merupakan salah satu yang digalakkan dalam Islam. Banyak cara untuk kita berniaga sama ada menjadi “dropship” atau “agent” sesuatu produk tersebut. Banyak produk yang dapat dijual seperti makanan, baju, perkakas rumah dan perkakas dapur. Perniagaan boleh secara berdepan atau melalui media sosial seperti aplikasi ‘shopee’ dan menggunakan servis hantar terus ke pintu rumah.

Tahukah anda Rasulullah SAW juga merupakan peniaga pada zaman dahulu. Baginda berniaga sejak umur 12 tahun dan merupakan ahli perniagaan yang hebat kerana baginda telah memperoleh keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama. Isteri Rasulullah SAW, Sayidatina Khadijah juga merupakan seorang ushawan yang unggul dan menjadi asbab pertemuan antara mereka. Beberapa sikap Rasulullah SAW yang dapat kita contohi dalam berniaga iaitu:

“Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (61:10-11)”

Tidak Pernah Berdebat

Apabila berhubung dengan pelanggan, baginda tidak pernah meninggikan suara atau berdebat dengan pelanggan. Terdapat suatu peristiwa di mana seorang peniaga bernama Said bin Ali yang ingin menemui Rasulullah SAW.

Kemudian, disambut baik oleh Rasulullah SAW, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Rasulullah . Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”

Teknik Menjual Yang Unik

Setiap perniagaan perlu mempunyai cara-cara yang unik untuk menarik pelanggan. Pemikiran yang kreatif perlu ada dalam diri seorang peniaga. Tidak hairanlah jualannya meningkat kerana teknik yang digunakan jarang digunakan dan unik berbanding orang lain.  Mengikut riwayat, Nabi menjual barang-barang Baginda tidak seperti diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau pun bukan Arab.

Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan mereka dengan meletakkan harga yang setinggi mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan cara memberitahu harga pokok dan meminta para pelanggan atau pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki.

Sentiasa Senyum & Lemah Lembut

Daya penarik yang ada pada Rasulullah SAW ialah sikap dan wajah baginda semasa berjual. Dengan wajah yang menawan, kacak, sering melemparkan senyuman yang manis membuatkan terpancar wajah baginda yang berseri-seri yang pastinya dapat menarik perhatian. Walaupun tutur kata tidak seberapa namun pelanggan tetap menyukai wajah yang manis serta seyuman yang manis. Muka yang sebaliknya pasti menggerunkan para pelanggan untuk menyapa peniaga. Oleh itu, kekalkan senyuman dan bertutur dengan baik.

Jujur & Tidak Bersumpah Palsu

Yang paling penting dalam meniaga, sikap jujur itu perlu ada supaya penjual percaya pada kita dan berniat untuk memesan semula. Jika kita sebaliknya, tiada pembeli yang sanggup membeli kerana servis yang kurang memuaskan dan maklum balas yang kita dapat pasti lagi menjauhkan pelanggan untuk membeli di kedai kita.

Oleh itu, hubungan antara pelanggan sangat penting agar pelanggan berterusan dan kedai kita menjadi pilihan utama pelanggan. Baginda bersabda, “Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi)

Ditegaskan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis, “Penjual dan pembeli memiliki hak pilih selama belum berpisah. Apabila mereka jujur dan mahu menerangkan (keadaan barang), mereka akan mendapat berkat dalam jual-beli mereka. Dan jika mereka bohong dan menutupi (cacat barang) akan dihapuskan keberkatan jual-beli mereka.” (HR. Muslim) Perniagaan yang mengandungi unsur riba lagi tercela perbuatannya, rugi dan akan kehilangan berkat dari Allah SWT.

Bukan Mengejar Harta Semata-mata

Setiap yang meniaga pasti ada tujuannya masing-masing mengapa mereka menjual. Namun, tidak usahlah mengejar kekayaan harta semata-mata. Begitu juga, dengan niat ingin kaya untuk membeli barang-barang yang tidak berfaedah dan yang kemudian meningkatkan perasaan takbur dalam diri selepas kaya.

Fasih Tutur Kata

Baginda mempunyai tutur kata yang lembut, lunk didengar, tidak pernah menipu dan jujur. Baginda juga lemah lembut sikapnya. Tidak hairan baginda mendapat keuntungan yang melimpah.

Walaupun ada segelintir yang tidak fasih betutur kata tetapi ia dapat dipraktikkan dan jangan pernah menyimpan fikiran negatif di dalam fikiran kita supaya hidup kita hanya dikekelingi segala perkara positif yang membuatkan kita tersenyum setiap masa.

Keuntungan Maksimum Adalah Mungkin

Terdapat satu hadis sahih yang menceritakan, seorang sahabat Nabi membeli dua ekor kambing dengan 1 dinar. Kemudian, sahabat itu tadi menjual salah seekor kambing itu dengan harga 1 dinar. Bermaksud, di tangannya ada seekor lagi kambing dan wang sejumlah 1 dinar. Sahabat itu datang kepada Rasulullah dan kemudian menyatakan apa yang telah beliau lakukan (menjual dengan cara begitu). Rasulullah tidak berkata apa-apa melainkan mendoakan agar sahabatnya itu mendapat keberkatan dalam perniagaan yang dilakukannya. Hadis sahih lain riwayat Abu Daud di mana Rasulullah ditanya mengapa tidak ditetapkan keuntungan maksimum (kawal kadar keuntungan).

Lantas Rasulullah menyatakan, itu adalah satu ‘kezaliman’ untuk para peniaga. Dua hadis ini bermaksud kita dapat menaikkan keuntungan sesuatu produk kepada 100%. Namun, kita tidak boleh menyorokkan barangan keperluan asasi manusia pada ketika permintaan mendadak dan kemudian dijual dengan harga yang dinaikkan. Peniaga yang tidak jujur dan suka menipu pelanggannya, walaupun dia dapat keuntungan ketika itu, namun pasti ada balasan kepada mereka iaitu kerugian di hari kelak.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan