Islam ialah agama Allah s.w.t. yang diwahyukan kepada Rasul-Nya untuk menjamin keselamatan hidup penganutnya. Kita sebagai muslim tentunya harus mengetahui dan memahami Rukun Islam yang menjadi dasar dari Agama Islam itu sendiri. Bukan hanya dengan mengetahui saja tetapi dengan memahami Rukun Islam, tentunya akan keislamannya lebih sempurna. Hal ini kerana rukun Islam menjadi penentu, apakah kita telah benar-benar sempurna keislamannya atau belum.
Rukun islam terdiri dari 5 amalan iaitu:
Mengucapkan dua kalimah syahadat
Iaitu ‘Aku Bersaksi Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad Pesuruh Allah’. Bermaksud kesaksian terhadap dua perkara. Pertama, hanya Allah SWT sahajalah Tuhan yang wajib disembah dan ditaati. Kedua, mengakui setulusnya bahawa Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul yang dibangkitkan Allah SWT kepada kita. Ucapan syahadah bukanlah ucapan biasa, ia disertai dengan tiga perkara yang akan menjadi pembeza iman dan kufur, iaitu:
1. Dikrarkan dengan lidah
2. Ditasdikkan (diakui) dengan hati
3. Dibuktikan dengan amal
Kalimah syahadah mestilah diucapkan dengan penuh kefahaman dan ketulusan, maka ia dapat menyelamatkan mereka daripada bakaran api neraka.
Mendirikan solat
Ibadah solat hukumnya wajib untuk kita lakukan atau kita dirikan namanya ialah solat fardhu. Shalat fardhu dikenali dengan sebutan solat 5 waktu. Kerana pada solat ini dilakukan dalam waktu 5 kali dalam sehari semalam di waktu yang berbeza. Wajib maknanya adalah amalan yang apabila kita kerjakan kita akan mendapatkan pahala dan jika kita meninggalkannya kita akan berdosa.
Perintah untuk mengerjakan solat fardhu ini wajib untuk dikerjakan oleh seseorang jika sudah aqil baligh. Bagaimanapun keadaan seseorang tersebut tetap memiliki kewajiban untuk mendirikan solat fardhu ini walaupun dalam keadaan sakit atau dalam keadaan ketakutan. Solat yang didirikan dengan sempurna, dapat mencegah diri si pelakunya daripada cenderung melakukan maksiat dan menuruti hawa nafsu seksnya
Menunaikan zakat.
Zakat dari segi syarak adalah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya. Kerana dalam harta yang kita peroleh atau kita miliki ada hak-hak orang lain.
Seperti solat dan puasa, zakat juga ada yang wajib. Zakat yang wajib disebut zakat fitrah yang dikeluarkan pada bulan Ramadhan. Orang yang istiqamah menunaikan zakat, maka mereka diberikan keberkatan dalam kehidupan di dunia dan keuntungan di hari akhirat yang tidak ternilai harganya.
Berpuasa di bulan Ramadhan.
Bermaksud menahan anggota badan dari perkara yang menbatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Contoh :- Menahan mulut dari makan dan bercakap sia-sia. Berpuasa adalah sesuatu yang bersifat mendidik jiwa. Allah SWT sendiri mejamin akan memberikan pahala yang tidak terhad jumlahnya kepada mereka yang berpuasa, kerana amalan ini bersifat ‘tersembunyi’ dan tidak dapat dilihat seperti solat, haji dan zakat. Hanya orang berkenaan sahaja yang tahu sama ada dia berpuasa atau tidak. Puasa juga adalah suatu kaedah paling baik mengawal perut, kerana di situlah punca segala penyakit.
Menunaikan haji bagi yang kemampuan
Menunaikan haji adalah kemuncak kepada rukun Islam yang ke – 5. Ia menjadi bukti agung keIslaman seseorang, namun hanya mereka yang mampu sahaja diwajibkan. Dengan menunaikan haji, maka lengkaplah sudah rukun Islam kita.
Namun begitu, Nabi SAW sendiri hanya menunaikan haji sekali dalam usianya. Ini menunjukkan, yang penting bukan berapa kali ‘naik haji’ melainkan hikmah dan iktibar di sebalik perlakuan haji. Jika rukun Islam yang lain, lebih lembut dan sederhana sifatnya, namun haji adalah perlakuan ibadah yang menzahirkan kesepaduan, kekuatan ummah dan kehebatan individu muslim.