SABAR
Ia adalah salah satu sifat mahmudah yang sangat dituntut oleh Islam sebagai ciri seorang yang bertaqwa. Sabar bererti tabah hati menghadapi sesuatu musibah, penderitaan atau kesempitan sambil berusaha mengatasinya dengan penuh harapan. Dengan memohon pertolongan dan bertawakkal kepada Allah swt.
Dalam Allah memberi ujian kepada hambanya dengan pelbagai namun Allah tidak pernah jauh dengan hambanya. Ujian adalah tarbiyah Allah kepada hamba-Nya untuk lebih dekat dengan kepada-Nya. Setiap orang ditarbiyahkan dengan cara yang berbeza. Proses ini adalah untuk membentuk manusia supaya menjadi lebih baik dan memperbaiki diri menjadi yang terbaik.
Rasulullah mengajarkan kita untuk bersabar dalam setiap ujian yang Allah berikan. Meskipun berat diuji dengan pelbagai rintangan. Sabar adalah salah satu ciri utama ketakwaan seseorang kepada Allah. Sifat sabar sangat penting untuk mendidik hati menjadi lebih tenang dalam menghadapi musibah dan ujian. Namun, sifat ini haruslah dididik dan disemai dengan nilai keimanan dan kesedaran yang tinggi. Hal ini kerana, dalam kehidupan Allah akan sentiasa menguji kita, kerana ujian itulah yang akan menentukan tahap keimanan dan kesabaran kita.
Di samping itu hendaklah kita sentiasa meminta perlindungan daripada Allah sebelum melakukan sesuatu perkara. Yakni menunjukkan setiap jiwa kita mestilah menyerahkan diri kepada Allah sebelum melakukan aktiviti dan berusaha menghindarkan diri daripada sesuatu yang boleh menyesatkan dari mengingati Allah. Dengan cara ini, kita akan lebih tenang dan positif dalam setiap perkara yang bakal dilalui.
Memupuk kemanisan sabar juga haruslah dengan memperbanyakkan amal-amal kebajikan seperti bersedekah dan menolong mereka yang dalam memerlukan. Betapa Islam itu mendidik hambanya untuk lebih tenang dan sabar dalam setiap perkara yang dikerjakan. Sebagai seorang yang beriman kepada Allah, maka seharusnya kita tidak mudah tewas dengan apa sahaja ujian yang diberikan. Kerana setiap musibah yang menimpa pasti ada hikmah dan tarbiyah yang ingin disampaikan oleh Allah kepada kita melalui rahmat dan kebesaran-Nya. Jadi jelas untuk kita bersabar dan terus bersabar.