Solat Jenazah Ghaib adalah solat terhadap jenazah ahli keluarga atau saudara seagama yang meninggal di tempat yang jauh. Malah ia juga kepada jenazah yang telah dikebumikan tetapi tiada kesempatan bagi ahli keluarga si mati untuk menyembahyangkannya.
Pensyariatan solat ini adalah berdasarkan sabda Nabi SAW daripada Abu Hurairah RA:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَعَى النَّجَاشِيَّ فِي الْيَوْمِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ، خَرَجَ إِلَى الْمُصَلَّى، فَصَفَّ بِهِمْ وَكَبَّرَ أَرْبَعًا.
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW memberitahu akan berita kematian al-Najasyi ketika hari kematiannya. Baginda SAW keluar ke musolla, membuat saf dan bertakbir sebanyak empat kali.
Riwayat Al-Bukhari (1245)
Waktu Solat Ghaib
Tidak ada waktu yang ditetapkan untuk melakukan solat ini. Ia boleh dilakukan bila-bila sahaja selepas jenazah dimandikan.
Ibn Hajar al-Asqalani berkata:
“Bermula dari saat berita kematian hingga berlangsung selama tiga hari. Ini kerana tiga hari itu adalah tempoh bertakziah menurut yang maklum dari kitab-kitab fiqh.”
Syarat Solat Jenazah Ghaib
- Solat yang dilakukan di negeri yang berlainan dengan keberadaan mayat.
- Solat dilaksanakan setelah dimandikan mayat tersebut. (Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah, hlm 385 dan al-Fiqh al-Manhaji, 1/600)
CARA SOLAT JENAZAH GHAIB
Solat Jenazah Ghaib boleh dilaksanakan secara bersendirian atau berjemaah. Cara melakukan solat ini sama seperti solat jenazah biasa, cuma berbeza pada niatnya saja. Ia tidak perlu rukuk, sujud, dan duduk tahiyyat kerana hanya terdapat takbir dan salam. Solat dilaksanakan hanya dalam keadaan berdiri, bermula dengan ‘Takbiratul Ihram’ dan berakhir dengan salam.
1. Takbiratul ihram sambil berniat solat Jenazah
- Niat jenazah yang diketahui namanya
- Niat jenazah yang dikenali jenazahnya
- Jika ramai, lafaz niatnya adalah
2. Baca Al-Fatihah
3. Takbir Kedua
4. Membaca selawat
- Selawat yang afdhal ialah selawat Ibrahimiyah iaitu selawat yang dibacakan ketika tahiyat akhir.
5. Takbir Ketiga
6. Membaca doa
7. Takbir keempat
8. Doa untuk si mati
9. Memberi salam ke kanan dan ke kiri
10. Doa Selepas Solat Jenazah
Sumber : siraplimau.com & www.wanista.com