Panduan Solat Sunat Hajat 2 Rakaat Yang Ringkas Dan Padat

SunatUmat Islam akan menunaikan solat hajat 2 rakaat setiap kali ingin memohon sesuatu hajat kepada Allah SWT dengan khusyuk agar Allah mengenankan hajat hamba-hambaNya.

Panduan Solat Hajat
Sumber: videohive.net

Solat sunat Hajat dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat (dua rakaat) dengan satu salam atau sehingga 12 rakaat (dengan 6 kali salam) mengikut kemampuan masing-masing

Panduan Solat Sunat Hajat

Lafaz Niat Solat Hajat

 

lafaz niat solat sunat hajat
Sumber: iluminasi.com

 

Rakaat Pertama

  • Mulakan dengan mengangkat takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati
  • Membaca doa iftitah
  • Baca surah Al-Fatihah
  • Membaca surah Al-Kafirun atau Ayat Kursi (satu kali atau 11 kali)

Rakaat Kedua

  • Dimulakan dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
  • Membaca surah Al-Fatihah
  • Dianjurkan membaca surah Al-Ikhlas (sekali) Atau sebanyak 11 kali

Bacaan dalam sujud terakhir sebanyak 40 kali

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

Laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzo limin
Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim

Mohon Hajat Setelah Selesai Bacaan Tasbih

Sekiranya tidak membaca tasbih tersebut ataupun setelah selesai membacanya, mohonlah sebarang hajat dalam hati sewaktu masih dalam keadaan sujut tersebut

Doa

 

Doa Solat Sunat Hajat
Sumber: akuislam.com

Selepas Selesai Solat Sunat Hajat

Wirid

Astaghfirullah, Rabbi min kulli zanbi waatuubu ilaih

Maksudnya: Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya.

Zikir

Laailaha illallah, Muhammadda rasulullah

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.

Selawat

Allaahumma shalli ‘alaa Sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihii Sayyidinaa Muhammadin

Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW

Kelebihan

Antara kelebihan solat hajat yang lain atau fadhilat mengerjakan solat ini termasuklah:

  1. Permohonan dimakbulkan oleh Allah SWT
  2. Berasa yakin dengan apa yang akan berlaku
  3. Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah
  4. Berasa tenang setelah bebanan dan luahan disampaikan kepada Allah SWT

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan