Sujud Terakhir Solat : Amalkan Baca 3 Doa Ini

Sujud Terakhir Solat

Sujud merupakan salah satu rukun solat yang biasanya dilakukan dua kali pada setiap rakaat dalam solat sama ada solat fardhu, tahajjud, taubat dan solat sunat yang lain. Doa ketika sujud sangat digalakkan kerana ia mempunyai manfaat yang luar biasa.

Di dalam solat, waktu kita yang paling dekat dengan Allah adalah ketika sujud dan doa pada sujud terakhir sangat digalakkan. Berdoa ketika sujud adalah amalan yang sering dilakukan oleh Rasulullah yang biasanya akan dipanjangkan sujudnya serta memperbanyakkan doa dan zikir kepada Allah SWT.

Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz (semoga Allah merahmatinya) berkata : Merupakan 3 doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud

Amalkan Baca 3 Doa Ini

1. Memohon Supaya Dimatikan Dalam Keadaan Khusnul Khotimah

اللهم إني أسألك حسن الخاتمة

Allahumma inni as’aluka husnal khotimah

Maksudnya: “Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah”

2. Memohon Agar Kita Diberikan Kesempatan Taubat Sebelum Mati

اللهم ارزقني توبتا نصوحا قبل الموت

Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut

Maksudnya: “Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat”

3. Memohon Supaya Hati Kita Sentiasa di Atas Agamanya

اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك

Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘ala diinika

Maksudnya: “Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU”

Kesimpulannya semoga setiap amalan yang kita lakukan di redhai oleh Allah SWT. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan di akhirat. Semoga kita semua sama sama berusaha menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan