Khatam Al-Quran 30 juzuk bukanlah sesusah yang disangka tetapi perlu mengikuti cara-cara yang betul dan pentingnya matlamat yang kuat.
Amalan khatam al-Quran selalu dibuat oleh umat Islam pada bulan Ramadan kerana ganjarannya sebanyak 70 kali ganda pahalanya. Amalan ini juga untuk mendidik kita sentiasa istiqamah dalam membaca al-Quran. Oleh itu, amalan ini lebih baik dikekalkan pada setiap bulan.
Amalan membaca Al-Quran juga menjadi konsisten. Amalan yang sangat digalakkan adalah membaca Al-Quran. Jadi marilah kita berazam khatam Al-Quran atau membacanya setiap hari walaupun lima helai sehari.
Cara Pengiraan Bilangan Juzuk, Halaman dan Muka Surat Al-Quran
Al-Qur’an Mushaf Uthmani mengandungi 604 halaman yang bermula daripada surah al-Fatihah sehingga surah al-Nass. Jumlah keseluruhan surah dalam al-Qur’an adalah sebanyak 114. Satu al-Qur’an mengandungi 30 Juzuk. Setiap Juzuk mengandungi 20 muka surat yang bersamaan dengan 10 helaian.
Tips Khatam Al-Quran Sekali Sebulan
Oleh itu, 20 muka surat dibahagikan dengan 5 waktu solat bersamaan dengan 4 muka surat setiap kali baca. Bacaan dengan untuk 4 muka surat ini mengambil masa antara 10 hingga 15 minit mengikut kadar biasa.
- Subuh = 4 Muka Surat
- Zohor = 4 Muka Surat
- Asar = 4 Muka Surat
- Maghrib = 4 Muka Surat
- Isyak = 4 Muka Surat
Tips Khatam Al-Quran 2 Kali Sebulan
Untuk tips 2 kali khatam al-Quran dalam sebulan, kita perlu istiqamah sebanyak 8 muka surat setiap kali selepas solat fardhu. Bacaan untuk 8 muka surat ini mengambil masa kira-kira 20-25 minit untuk dihabiskan dengan yang biasa.
Jika kita ingin mencapai target ini, pada pertengahan Ramadan iaitu hari ke 15, pastikan satu pusingan khatam sudah selesai. Bermula pada hari ke-16 Ramadhan, kita akan mengulang semula dari juzuk pertama.
- Subuh = 8 Muka Surat
- Zohor = 8 Muka Surat
- Asar = 8 Muka Surat
- Maghrib = 8 Muka Surat
- Isyak = 8 Muka Surat
Tips Khatam Al-Quran 3 Kali Sebulan
Untuk 3 kali khatam dalam sebulan, kita perlu istiqamah sebanyak 12 muka surat setiap kali selepas solat fardhu. Sehari kita perlu habiskan 3 juzuk bersamaan dengan 60 halaman.
Bacaan untuk 12 muka surat ini mengambil masa kira-kira 30-40 minit untuk dihabiskan dengan kadar bacaan. Jadi sehari kita akan memperuntukkan antara 2 jam hingga 2 jam 30 minit untuk membaca al-Qur’an.
Bagi mengetahui target kita tercapai untuk 3 kali khatam, pada 10 hari pertama, kita sudah menghabiskan sekali khatam. Kemudian diikuti 10 hari berikutnya (hari ke 20 Ramadhan). Dan 10 hari lagi untuk khatam kali ketiga.
- Subuh = 12 Muka Surat
- Zohor = 12 Muka Surat
- Asar = 12 Muka Surat
- Maghrib = 12 Muka Surat
- Isyak = 12 Muka Surat
Panduan Membaca Al-Quran
- Mempunyai target berapa kali khatam dalam sebulan
- Al-Quran boleh dibaca sebelum atau sesudah solat.
- Boleh dibaca pada waktu lain juga seperti ketika qiamullail, sebelum tidur dan sebagainya.
- Niat kerana Allah SWT bukan untuk menunjuk-nunjuk.
- Memahami ayat Al-Quran berdasarkan terjemahan serta menghayati isi-isi yang disampaikan dalam Al-Quran agar meningkatkan kekhusyukkan dalam membacanya dan lebih mendalami isi-isi tersebut.