3 Tips Khatam Al-Quran 30 Juzuk

Khatam Al-Quran 30 juzuk bukanlah sesusah yang disangka tetapi perlu mengikuti cara-cara yang betul dan pentingnya matlamat yang kuat.

Amalan khatam al-Quran selalu dibuat oleh umat Islam pada bulan Ramadan kerana ganjarannya sebanyak 70 kali ganda pahalanya. Amalan ini juga untuk mendidik kita sentiasa istiqamah dalam membaca al-Quran. Oleh itu, amalan ini lebih baik dikekalkan pada setiap bulan.

Amalan membaca Al-Quran juga menjadi konsisten. Amalan yang sangat digalakkan adalah membaca Al-Quran. Jadi marilah kita berazam khatam Al-Quran atau membacanya setiap hari walaupun lima helai sehari.

Khatam Al-Quran 30 Juzuk
Liputan6.com

Cara Pengiraan Bilangan Juzuk, Halaman dan Muka Surat Al-Quran

Al-Qur’an Mushaf Uthmani mengandungi 604 halaman yang bermula daripada surah al-Fatihah sehingga surah al-Nass. Jumlah keseluruhan surah dalam al-Qur’an adalah sebanyak 114. Satu al-Qur’an mengandungi 30 Juzuk. Setiap Juzuk mengandungi 20 muka surat yang bersamaan dengan 10 helaian.

Tips Khatam Al-Quran Sekali Sebulan

Oleh itu, 20 muka surat dibahagikan dengan 5 waktu solat bersamaan dengan 4 muka surat setiap kali baca. Bacaan dengan untuk 4 muka surat ini mengambil masa antara 10 hingga 15 minit mengikut kadar biasa.

  1. Subuh = 4 Muka Surat
  2. Zohor = 4 Muka Surat
  3. Asar = 4 Muka Surat
  4. Maghrib = 4 Muka Surat
  5. Isyak = 4 Muka Surat

Tips Khatam Al-Quran 2 Kali Sebulan

Untuk tips 2 kali khatam al-Quran dalam sebulan, kita perlu istiqamah sebanyak 8 muka surat setiap kali selepas solat fardhu. Bacaan untuk 8 muka surat ini mengambil masa kira-kira 20-25 minit untuk dihabiskan dengan yang biasa.

Jika kita ingin mencapai target ini, pada pertengahan Ramadan iaitu hari ke 15, pastikan satu pusingan khatam sudah selesai. Bermula pada hari ke-16 Ramadhan, kita akan mengulang semula dari juzuk pertama.

  1. Subuh = 8 Muka Surat
  2. Zohor = 8 Muka Surat
  3. Asar = 8 Muka Surat
  4. Maghrib = 8 Muka Surat
  5. Isyak = 8 Muka Surat

Tips Khatam Al-Quran 3 Kali Sebulan

Untuk 3 kali khatam dalam sebulan, kita perlu istiqamah sebanyak 12 muka surat setiap kali selepas solat fardhu. Sehari kita perlu habiskan 3 juzuk bersamaan dengan 60 halaman.

Bacaan untuk 12 muka surat ini mengambil masa kira-kira 30-40 minit untuk dihabiskan dengan kadar bacaan. Jadi sehari kita akan memperuntukkan antara 2 jam hingga 2 jam 30 minit untuk membaca al-Qur’an.

Bagi mengetahui target kita tercapai untuk 3 kali khatam, pada 10 hari pertama, kita sudah menghabiskan sekali khatam. Kemudian diikuti 10 hari berikutnya (hari ke 20 Ramadhan). Dan 10 hari lagi untuk khatam kali ketiga.

  1. Subuh = 12 Muka Surat
  2. Zohor = 12 Muka Surat
  3. Asar = 12 Muka Surat
  4. Maghrib = 12 Muka Surat
  5. Isyak = 12 Muka Surat

Panduan Membaca Al-Quran

  1. Mempunyai target berapa kali khatam dalam sebulan
  2. Al-Quran boleh dibaca sebelum atau sesudah solat.
  3. Boleh dibaca pada waktu lain juga seperti ketika qiamullail, sebelum tidur dan sebagainya.
  4. Niat kerana Allah SWT bukan untuk menunjuk-nunjuk.
  5. Memahami ayat Al-Quran berdasarkan terjemahan serta menghayati isi-isi yang disampaikan dalam Al-Quran agar meningkatkan kekhusyukkan dalam membacanya dan lebih mendalami isi-isi tersebut.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan