Wudhu’

Pengertian

Dari segi bahasa wudhu’ bermaksud nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air yang di sapu pada anggota-anggota tertentu. manakala dari segi syarak wudhu’ bermaksud membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu.

Hukum Wudhu’

Wajib
  • Hendak menunaikan ibadah sembahyang (fardhu atau sunat)
  • Ketika melakukan tawaf Ka‘bah (fardhu atau sunat)
  • Ketika hendak menyentuh Al-Qur’an
Sunat
  • membaca atau mendengar bacaan Al-Qur’an
  • membaca atau mendengar bacaan hadith
  • membawa kitab tafsir, kitab hadith atau kitab fiqh
  • melakukan azan
  • duduk di dalam masjid
  • melakukan tawaf di ‘Arafah dan sa‘i
  • menziarahi makam Rasulullah
  • ketika hendak tidur
  • mengusung jenazah

Kelebihan Wudhu’

1. Berkumur
  • Dari segi syariat, berkumur adalah untuk membuang sisa makanan supaya tidak berlaku perkara yang membatalkan solat iaitu makan ketika solat
  • Dari segi hakikat, ia bertujuan membersihkan segala kekejian mulut kerana berkata sessuatu perkara yang dibenci walaupun tanpa sengaja.
2. Membasuh muka
  • Syariat, membasuh muka bagi menghilangkan kekotoran pada muka. ( Kebersihan ketika mengadap Allah kerana Allah suka hamba yang  menjaga keberssihan)
  • Hakikat, membasuh muka untuk membuang segala kekotoran yang dilakukan sehingga mendatangkan malu pada agama islam,mata yang melihat perkara yang dilarang oleh Allah.
3. Membasuh tangan
  • Syariat, membasuh tangan untuk menghilangkan kekotoran yang membuatkan air tidak terkena pada kulit
  • Dari segi hakikat ia adalah untuk membersihkan dosa-dosa yang dilakukan oleh tangan seperti mencuri atau perkara yang dilarang olehNya
4. Menyapu kepala
  • Syariat, menyapu kepala agar kepala terasa selesa untuk memudahkan daya pemikiran serta mengurangkan tekanan
  • Dari segi hakikat ia adalah untuk membersihkan akal fikiran dari dosa kerana berfikir perkara yang keji dan memastikan fikiran sentiasa berfikir kepada Allah dalam kehidupan seharian
5. Membasuh telinga
  • Dari segi syariat membasuh telinga adalah untuk membuang kotoran pada telinga 
  • Dari segi hakikat membasuh telinga untuk membersihkan dosa kerana mendengar fitnah atau umpatan walaupun tanpa sengaja
6. Membasuh kaki
  • Dari segi syariat membasuh kaki bagi membersihkan kotoran terpijak najis untuk mengelakan kekotoran pada tempat ibadat
  • Dari segi hakikat, ia bertujuan membersihkan kaki dari dosa kerana melangkah ketempat yang dilarang Allah

Syarat-syarat Wudhu’

Syarat Wajib Wudhu’
  • Islam
  • Berakal
  • Baligh
  • Menggunakan air yang suci
  • Suci daripada haidh dan nifas
  • Kesempitan waktu
Syarat Sah Wudhu’
  • Meratakan air yang suci ke atas kulit
  • Menghilangkan apa sahaja yang menghalang air ke anggota badan
  • Tiada perkara yang boleh membatalkan wudhu’
  • Masuk waktu sembahyang bagi orang yang berterusan dalam keadaan hadath seperti orang yang menghidap kencing tidak lawas
Syarat wudhu’ mengikut ulama’ mazhab Syafi‘i, iaitu:
  • Islam
  • Mumayyiz
  • Suci haid dan nifas
  • Bersih dari perkara yang menghalang air mengalir ke kulit
  • Tahu kefardhuan wudhu’
  • Tidak anggap sesuatu yang fardhu di dalam wudhu’ sebagai sunat
  • Menghilangkan najis ‘aini yang terdapat pada badan dan pakaian orang yang berwudhu’
  • Tidak terdapat pada anggota wudhu’ bahan yang mengubahkan air
  • Tidak mengaitkan (ta‘liq) niat berwudhu’ dengan sesuatu
  • Mengalirkan air ke atas anggota wudhu’
  • Masuk waktu sembahyang bagi orang yang berhadath berterusan
  • Muwalat, iaitu berturutan
Perkara Membatalkan Wudhu’
  • Keluar sesuatu daripada dubur dan qubul seperti air kencing, mani. wadi dan mazi
  • Tidur, tidur terlentang walaupun selelap atau tidur bersandar yang lama tetap batal wudhu’
  • Pengsan/ Pitam
  • Tidur dalam solat
  • Murtad
  • Individu yang menyentuh kemaluan kecuali kemaluan haiwan
  • Menyentuh sama ada suami atau isteri.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan