Ciri-ciri Kemusnahan Dunia Oleh Yakjuj Makjuj, Pemusnah Sekalian Alam

Yakjuj Makjuj merupakan salah satu tanda kiamat yang dikatakan sekelompok manusia yang memiliki kekuatan menghancur kehidupan di muka bumi.

Yakjuj Makjuj Pemusnah Dunia

Pengenalan

Berdasarkan wikipedia, Yakjuj Makjuj ialah sekelompok manusia yang memiliki kekuatan sebagai perosak dan penghancur kehidupan di muka bumi. Namun, gambaran ciri-ciri makhluk tersebut tidak jelas. Ada yang menyebut mereka ialah manusia, makhluk berbentuk raksaksa, suatu bangsa atau negeri. Namun, mereka adalah kaum yang sangat kejam dan perwatakan ganas. Wallahualam.

Hanya Allah SWT sahaja yang tahu paras rupa mereka dan bilakah mereka akan kembali ke dunia. Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah wujud ribuan tahun lalu dan terus hidup pada waktu ini serta akan muncul semula untuk memusnahkan manusia ketika dunia terlalu hampir dengan kiamat.

Selain itu, mereka tinggal di antara dua gunung dan sudah lama wujud. Yang pasti mereka adalah kaum yang akan membawa kerosakan terhadap Bumi sebelum kiamat tiba.

Bantuan Raja Zulkarnain Memerangi Yakjuj Makjuj 

Raja Zulkarnain terus menolong mereka dengan kekuatan tentera yang beliau ada. Seperti kemahuan penduduk tersebut, beliau membina dinding di antara dua buah bukit dari potongan besi dan dibakar dengan api. Kemudian, dituangkan tembaga untuk menguatkan dinding agar Yakjuj Makjuj tidak dapat memasuki negeri tersebut.

Namun begitu, mereka dikatakan akan kembali dan dinding yang dibina untuk menahan Yakjuj Makjuj telah terbuka. Ketika pada zaman Rasulullah SAW telah terbuka sebanyak lingkaran jari telunjuk dan ibu jari Sufyan yang membentuk angka sepuluh. Cuba bayangkan kita sudah berada di 1443 hijrah dan berapa besarkah dinding itu sudah terbuka.

Kedatangan Nabi Isa AS

Apa yang membuatkan hal ini menarik, untuk pengetahuan Yakjuj Makjuj ini pernah dimusnahkan tetapi gagal dan tidak ada sesiapa yang mampu berbuat demikian. Nabi Isa AS yang diturunkan ke bumi buat kali kedua pada waktu itu sendiri tidak mampu membunuhnya.

Lalu Nabi Isa AS dan kaum muslimin yang bersama dengannya berdoa kepada Allah dan Allah makbulkan doa mereka. Lalu Allah menghantar sejenis virus seperti dalam hidung unta dan menyerang setiap leher Yakjuj dan Makjuj dan mereka akhirnya mati sekali gus. Dikatakan banyaknya mayat mereka seperti bangkai belalang.

Kematian itu menyebabkan bumi berbau busuk selain mayat manusia yang dibunuh mereka. Nabi Isa AS bersama muslimin berdoa lagi kepada Allah supaya menyelesaikan masalah mayat manusia yang tersangat ramai.

Lalu Allah menghantar sejenis burung besar dan mengangkat mayat Yakjuj dan Makjuj dan manusia lain ke satu tempat yang cuma Allah sahaja yang mengetahuinya tetapi sisa-sisa darah dan nanah masih lagi berbau busuk. Mereka berdoa lagi kepada Allah supaya menghilangkan bau busuk tersebut.

Kemudian Allah menurunkan hujan yang lebat membersihkan seluruh bumi dari sisa sisa dan bau busuk dan bumi akhirnya bersih sebersihnya sehinggakan air hujan yang turun seperti manik manik yang jernih jatuh ke bumi.

Iktibar

1. Sentiasa melakukan amalan ibadah soleh sebelum tibanya hari kiamat

2. Melakukan taubat nasuha

3. Berdoa kepada Allah SWT supaya kita sekeluarga terselamat dari keburukan Yakjuj Makjuj

4. Tidak lalai dalam hiburan yang melampau

5. Sentiasa melakukan amar makruf nahi mungkar

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan