Zuhud

zuhud

Definisi

Perkataan “Zuhud” adalah dari perkataan Arab. Ia berasal dari kata dasar “zahida” yang bermaksud mengelak dan meninggalkan sesuatu kerana kehinaannya atau kerana kekurangannya.

Perkataan ini ada juga digunakan dalam al-Qur’an dengan ungkapan “al-Zahidin”  yang bermaksud ‘orang yang tidak suka’. Demikian juga penggunaannya di dalam hadith-hadith dengan ungkapan yang berbeza-beza tetapi mempunyai pengertian yang tidak jauh berbeza.

Apakah Zuhud Sebenarnya

Masih ramai umat Islam yang tidak faham erti sebenar zuhud. Mereka menganggap zuhud itu menjauhkan diri dari dunia, berpakaian lusuh, berkereta dan berumah buruk dalam keadaan mampu dan membiarkan diri miskin.

Zuhud bukanlah bermaksud kita perlu menjauhi semua persoalan keduniaan. Prinsip zuhud yang benar ialah kita menguasai dunia tetapi dunia tidak menguasai kita. Zuhud yang sebenarnya adalah dengan mengutamakan kehidupan akhirat berbanding dunia. Sebagaimana yang dinyatakan dalam surah al-A’la ayat 16 dan 17 iaitu Allah SWT menyifatkan orang kafir mengutamakan dunia semata-mata, kemudian Allah SWT menyebut kehidupan akhirat itu lebih baik dan kekal.
zuhud
Apabila Allah SWT menggunakan perkataan ‘lebih baik’, ini bermakna kehidupan dunia adalah ‘baik’,cuma akhirat ‘lebih baik’ dan ‘lebih kekal’. Justeru Islam tidak sesekali melarang umatnya mencari yang baik.  Nabi SAW juga pernah menyebut bahawa Allah SWT itu Maha Baik dan suka akan perkara-perkara yang baik.
Cara Untuk Zuhud
  • Yakin bahwa rezeki tidak akan diambil orang lain, sehingga hati tenang dalam mencarinya.
  • Terus yakin bahwa amal tidak akan diwakilkan kepada orang lain, sehingga kita sendiri yang sibuk menjalankannya.
  • Yakin bahwa Allah selalu mengawasi diri, hingga kita malu merespon pengawasannya dengan melakukan maksiat.
  • Yakin bahwa kematian menanti. Sehingga kita siapkan bekal untuk beertemu Allah…
Tingkatan-tingkatan Zuhud
  1. Paling Rendah  ialah zuhud dari perkara-perkara keduniaan –  iaitu walaupun pembawaan dan kecenderungan kepada keduniaan itu masih ada dalam dirinya, tetapi is berjihad untuk Cuba menjauhkan dirinya dan Cuba mengelak darinya. Orang yang berada dalam tingkatan ini masih berada dalam bahaya iaitu sekiranya dia dikuasai maka dia akan terjerumus ke dalam lubuk keduniaan itu.
  2.  Pertengahan – ialah apabila seseorang itu meninggalkan perkara-perkara keduniaan secara taat kepada hukum Allah s.w.t. Ini adalah untuk mengelakkan kehinaan dari perkara itu di samping kecenderungannya mencari ketaatan dan untuk mendapat keuntungan yang lebih dari Allah.
  3. Paling Tinggi  ialah zuhud yang semata-mata taat kepada Allah – iaitu dengan tidak ada sebarang pertimbangan yang lain. Bagiuya perkara dunia itu tidak ada nilai langsung. Ada atau tidaknya sama sahaja, jika dibandingkan dengan nikmat di akhirat, dan dengan meninggalkan perkara itu dia tidak akan merasai apa-apa kesan pun. Dalam peringkat ini akan menyebabkan is merasa aman di dalam dirinya kerana kesempurnaan ma’rifatnya, dan tidak ada sebarang lintasan dalam dirinya terhadap perkara-perkara keduniaan itu.
Tanda-Tanda Zuhud

Untuk mengetahui zuhud di dalam diri seseorang maka terdapat tiga petanda yang digariskan oleh Imam Ghazali’S iaitu:
1. Tidak merasa gembira dengan apa yang dapat dicapai dan tidak merasa dukacita dengan apa yang hilang, iaitu berdasarkan kepada firman ALlah s.w.t.;

Ini adalah tanda zuhud pada harta.
2. Sikapnya sama sahaja sama ada dipuji atau dicela. Ini adalah tanda zuhud pada pangkat dan kedudukan.
3. Sentiasa mendampingi diri dengan ALlah s.w.t. Hatinya sentiasa dipenuhi oleh kemanisan ketaatannya kepada Allah kerana sifat hati sememangnya tidak boleh kosong dari kemanisan dan kecintaan sama ada kepada ALlah atau kepada yang lain.

Kesimpulanya, Zuhud dapat menimbulkan kecenderungan hubungan yang tinggi di antara manusia dengan ALlah s.w.t, iaitu hubungan yang diasaskan kepada rasa cinta dari ma’rifat ALlah yang penuh melalui basirah. Di samping itu kesan yang balk dan menyeluruh berlaku dalam tindak-tanduk seseorang. Ini termasuklah mengambil segala perkara yang ada di hadapannya sekadar keperluan dan yang lebihan disalurkan untuk kepentingan kebajikan masyarakat. Selain itu amat diharapkan agar umat Islam tidak menjadikan ia sebagai alasan mereka tidak berdaya maju dan tidak pula tersilap memahami konsep harta dalam Islam hanya kerana tidak faham erti sebenar zuhud.

Kongsikan Artikel Ini

Facebook
Telegram
Email
WhatsApp
Twitter

Artikel Berkaitan